Carian
Lenovo ThinkPad C13 Yoga Chromebook Enterprise Diperkenalkan Dengan Pemproses AMD Ryzen 7 3700C
October 14, 2020 Amy Maizuraa

Lenovo telah mengumumkan tambahan model terbaru untuk barisan ThinkPad mereka dengan memperkenalkan Lenovo ThinkPad C13 Yoga Chromebook Enterprise. Direka khas sebagai komputer riba yang memfokuskan kepada perniagaan, ianya hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik termasuk dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen 7 3700C.

Lenovo ThinkPad C13 Yoga Chromebook Enterprise hadir dengan paparan bersaiz 13.3-inci FHD IPS dengan sokongan skrin sesentuh dan binaan bezel yang nipis. Selain hadir dengan pemproses sehingga AMD Ryzen 7 3700C, dalamannya turut dibantu oleh sokongan grafik AMD Radeon Integrated, memori sehingga 16GB RAM DDR4X dan storan 256GB eMMC & M.2 PCIe TLC SSD. Pada masa sama, Lenovo ThinkPad C13 Yoga Chromebook Enterprise turut dilengkapi bateri 51 WHr, selain menjalankan sistem operasi Chrome OS.

Spesifikasi lain termasuklah Wi-Fi 6 Wireless LAN, bluetooth 5.0, selain dilengkapi sambungan untuk I/O seperti 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 2 x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1x HDMI 2.0 dan satu bicu audio 3.5mm. Lenovo ThinkPad C13 Yoga Chromebook Enterprise ditawarkan pada harga bermula pada $579 (~RM2,399).

Komen