Yahoo Groups Akan Dimatikan Pada 15 Disember 2020

Yahoo Groups Akan Dimatikan Pada 15 Disember 2020

Diterbitkan pada Okt 14, 2020 oleh .

Yahoo Groups merupakan salah satu laman berbentuk forum komuniti yang sangat popular ketika era permulaan internet. Selain ditawarkan melalui web, Yahoo Groups juga akan menghantar emel kepada pengguna dalam memaklumkan berkaitan sesuatu perbincangan – sekaligus membolehkan anda mengikuti pelbagai perkara dengan mudah.

Apa pun, kini ia dilihat akan ditamatkan pada 15 Disember 2020. Pihak Yahoo telah membuat pengumuman berkaitan penamatan perkhidmatan ini, dan pada masa yang sama akan mematikan sebuah laman forum komuniti yang popular pada suatu ketika dahulu.

Yahoo Groups telah diperkenalkan pada 2001 yang lepas, namun populariti untuknya merudum dari hari ke hari. Pada hari ini, pengguna dilihat lebih selesa menggunakan laman seperti Facebook Groups, Reddit, mahupun Forum Lowyat.

Dengan pengumuman ini juga, pengguna Yahoo Groups kini tidak lagi boleh membuat kumpulan baru pada perkhidmatan berkenaan.



TIPS & ULASAN