Cari @ Amanz

Tidak seperti laporan yang tertiris yang sokongan 5G pada iPhone 12 terhad kepada variasi Pro sahaja. Apple membuat kejutan dan memberikan sokongan 5G ini kepada semua iPhone 12; 12, 12 Mini, 12 Pro dan 12 Pro Max semuanya menyokong rangkaian 5G. Seperti kebanyakan peranti yang menyokong 5G, ia mempunyai banyak versi Sub-^, jalur rendah atau juga mmWave yang lebih hebat.

Sokongan mmWave 5G untuk kesemua iPhone 12, terhad kepada pasaran Amerika Syarikat sahaja. Ia menggunakan jalur n260 dan n261, yang mana jalur ini jika anda lihat di laman web Apple – tidak disenaraikan di laman web lain. Bukan itu sahaja, rekaan iPhone 12 untuk pasaran Amerika Syarikat adalah sedikit berbeza. Pada sisi di butang kuasa, terdapat satu bahagian berbentuk bujur yang warnanya sedikit pudar. Bahagian ini adalah tetingkap untuk antena 5G mmWave.

Jika anda lihat imej dari laman web Apple Malaysia dan Amerika Syarikat, ia berbeza. Satu ada bahagian ini satu lagi tiada. Ini menimbulkan persoalan, adakah masalah “antennagate” akan kembali dan kerangka pelindung akan mengganggu rangkaian. Mungkin di Amerika Syarikat. Di Malaysia, 5G pun belum tersedia lagi untuk pengguna biasa. Serta iPhone 12 di Malaysia memang tidak menyokong mmWave, jadi ini bukannya masalah besar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd