Cari @ Amanz

Selepas mengesahkan bahawa bakal turut sama memperkenalkan Huawei Freebuds Studio, kini Huawei sekali lagi mengambil laman Weibo dengan berkongsi sedikit sebanyak mengenai apa yang bakal dibawa oleh siri Huawei Mate40.

Satu poster acah telah dimuat naik dengan memaparkan memaparkan rekaan pada kamera utamanya. Meskipun, ia tidak memperlihatkannya secara penuh. Namun, melihat pada bayangan yang dipaparkan kamera utamanya di sini seakan hadir dalam bentuk persegi dan bukannya bulat seperti siri Mate 30 sebelum ini. Seterusnya, turut kelihatan butang kuasa bewarna oren selain, butang laras suara yang ditempatkan pada bahagian sisi kanan peranti.

Masih belum diketahui, berapakah bilangan lensa yang bakal disertakan padanya. Namun, rekaan sebegini mengingatkan kami kepada paten Huawei yang tertiris di laman harta intelek China CNIPA, sebelum ini. Dengan pendedahan ini, kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat tertiris yang bakal dikongsi lagi dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd