Cari @ Amanz

Android TV adalah sistem operasi untuk televisyen pintar berasaskan Android. Ia digunakan pada banyak jenama televisyen dan salah satu jenama terkenal adalah Sony. Tetapi televisyen Sony sedia terkenal dengan pengedaran kemaskini yang perlahan. Semasa Google TV diumumkan, iaitu generasi baru untuk Android TV – Sony adalah antara jenama yang disebut akan menerima kemaskini ini. Tetapi itu pun pada penghujung tahun 2021 sehingga tahun 2022.

Baru-baru ini, Sony mula mengedarkan kemaskini Android TV berasaskan Android 9 untuk beberapa televisyen mereka. Ia menawarkan kemaskini untuk model D,E,F dan G mereka yang menjalankan sistem operasi ini. Televisyen ini adalah dari model tahun 2016 sehinggalah 2019 dan versi kemaskini adalah 6.7115. Buat masa ini, ia terhad di Latin Amerika sahaja dan akan diedarkan ke negara Eropah pada penghujung tahun. Masih tidak pasti lagi bila negara lain akan menerima kemaskini ini.

Kemaskini ini menawarkan tampalan pepijat, pengoptimasian prestasi, gabungan album imej, video dan muzik dalam satu pemain media. Ia juga menyokong codec HEVC 100/120Hz untuk memainkan media terus dari USB, tetapi terhad kepada model terpilih sahaja. Kemudian, sokongan cadangan aplikasi dan mengisi kata laluan secara automatik turut disediakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd