Cari @ Amanz

Pada bulan Mei tahun lepas, Google telah melancarkan Google Glass generasi baru – iaitu Google Glass Enterprise Edition 2. Ia disasarkan untuk kegunaan perusahaan sahaja, dijana cip Snapdragon XR1, memori 3GB RAM, kamera 8MP, USB-C dan bateri 820mAh. Ia juga menjalankan sistem operasi baharu berasaskan Android Oreo yang mana menyokong Android Enterprise Mobile Device Management untuk memudahkan proses pengurusan dan deployment pada sektor perusahaan.

Terkini, selepas lebih setahun – Google Glass ini menerima kemaskini baharu. Tetapi bukannya untuk sistem operasi, sebaliknya hanyalah aplikasi tambahan sahaja. Google Glass Enterprise Edition 2 kini menyokong Google Meet. Google Meet pada awalnya memang bertujuan sebagai perkhidmatan panggilan video untuk perusahaan.

Jadi, dengan integrasi Google Meet pada Google Glass ini ia memudahkan lagi para pengguna berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Misalnya sambil melakukan kerja-kerja penting dan ada masalah, panggilan video boleh dilakukan dan masalah ini boleh diselesaikan bersama-sama dengan mudah dan penerima panggilan boleh lihat dengan jelas pada jarak dekat. Walau bagaimanapun, sokongan ini hanyalah ujian dalam bentuk beta sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd