Singapura Memperkenalkan Undang-Undang Baru Untuk Penjualan Penghala WiFi Pengguna

Singapura Memperkenalkan Undang-Undang Baru Untuk Penjualan Penghala WiFi Pengguna

Diterbitkan pada Okt 14, 2020 oleh .

Penghala WiFi adalah sebuah peranti yang semakin meluas penggunaannya, khususnya sekarang, apabila sambungan internet pengguna semakin pantas.

Sayangnya, ia juga merupakan salah satu lubang masuk mudah untuk penjahat dan penggodam untuk mencuri maklumat peribadi anda jika tidak sentiasa dikemaskini.

Kerajaan Singapura, menyedari akan isu ini, telah memperkenalkan undang-undang baru melalui Infocomm Media Development Authority (IMDA) telah memperkenalkan undang-undang baru mengenai penjualan penghala WiFi ini di negara tersebut.

Diantaranya ialah setiap penghala yang dijual haruslah mempunyai kata laluan yang unik untuk setiap peranti yang dijual. Kedua, tetapan kemaskini automatik mestilah diaktifkan secara lalai supaya ia boleh dikemaskini secara terus apabila ia diaktifkan untuk kali pertama.

Undang-undang ini akan berkuat-kuasa bermula 13 April 2021 kelak, dan akan hadir dengan pelekat daripada pihak IMDA untuk menunjukkan bahawa ia melepasi piawaian badan komunikasi dan elektronik Singapura tersebut.

Ia juga dilaporkan bahawa para pengguna yang sudahpun mempunyai penghala WiFi tidak perlu membeli penghala baru ini, dan sebaik-baiknya memastikan bahawa kata laluan penghala adalah unik kepada penghala tersebut, dan memastikan bahawa perisiannya dikemaskini kepada versi yang terkini.



TIPS & ULASAN