Google Maps Kini Diintegrasikan Dalam Google Calendar

Google Maps Kini Diintegrasikan Dalam Google Calendar

Diterbitkan pada Okt 14, 2020 oleh .

Dalam aplikasi web Google, lebih-lebih lagi dalam Google Workspace – ia mempunyai panel di sisi untuk akses pintas ke Keep, Task, Voice atau juga Calendar. Ia memang memudahkan pengguna untuk membuat multi-tugasan dan menjadikan tugasan produktiviti lebih efisien.

Terkini, aplikasi web Google Calendar – Google telah menambah integrasi Google Maps versi hampir penuh di panel sisi. Google Maps ini pula bersaiz mini sahaja. Apabila Google Maps ini dibuka, ia akan memaparkan dalam bentuk twi-pane view yang mana peta di atas dan bawah adalah kawalan tambahan. Hampir semua fungsi Google Maps boleh digunakan kecuali, menukar jenis peta, memberi pendapat di lokasi, memuat naik gambar, melihat kemaskini pengguna, mengubah cara perjalanan dan ada bahagian yang terus membuka pautan lain.

Integrasi ini sekali imbas ia kelihatan seakan tidak masuk akal. Tetapi jika kita lihat kembali, ia mungkin berfungsi dengan baik untuk mereka yang bekerja banyak bergerak dari tempat ke tempat atau juga yang banyak bertemu dengan klien dari pelbagai lokasi. Buat masa ini, ia masih lagi terhad dan belum diedarkan secara meluas.



TIPS & ULASAN