Malaysia Mempunyai Lebih 28.7 Juta Pengguna Internet

Malaysia Mempunyai Lebih 28.7 Juta Pengguna Internet

Diterbitkan pada Okt 14, 2020 oleh .

SKMM kini telah mengeluarkan laporan bulanan mereka, dan turut berkongsi yang mana Malaysia mempunyai sekitar 28.7 juta pengguna internet.

Daripada angka tersebut, mereka yang berumur 15 ke 40 atau yang dipanggil belia menjadi kumpulan demografik yang paling ramai, iaitu sekitar 67.8% pengguna.

SKMM turut mengatakan 78.4% pengguna internet di Malaysia menghabiskan masa antara sejam ke 12 jam sehari secara atas-talian, sementara 16.6 juta pengguna terlibat dalam arena edagang untuk pembelian.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana internet kian hari memainkan peranan penting dalam kehidupan harian – dan akan menjadi lebih penting apabila generasi seterusnya mengambil-alih.

Bagi anda sendiri, berapa lamakah anda habiskan pada sesuatu hari secara atas-talian?



TIPS & ULASAN