OnePlus Power Bank 10,000mAh Turut Dilancarkan – Power Bank Asas Dengan Harga Mampu Milik

OnePlus Power Bank 10,000mAh Turut Dilancarkan – Power Bank Asas Dengan Harga Mampu Milik

Diterbitkan pada Okt 15, 2020 oleh .

Beberapa bulan lepas, Oppo telah melancarkan Oppo Power Bank 2 yang mempunyai kapasiti 10000mAh dan harga bawah RM100. Hari ini, bersama-sama dengan pelancaran OnePlus 8T – OnePlus Power Bank 10,000mAh turut dilancarkan. Ia adalah mirip dengan power bank Oppo tetapi dengan warna baru dan logo OnePlus.

Aksesori kuasa ini hadir dengan kuasa pengecasan 18W, mempunyai 3 port sambungan iaitu 2x USB-A (output) dan 1x USB-C (input/output). Ia dibina dari bahan yang ringan serta menawarkan warna pilihan hitam atau hijau. Warna hitam mempunyai corak seakan kerangka pelindung Karbon mereka, manakala warna hijau mirip dengan warna Aquamarine. Agak mengecewakan kerana ia tidak menawarkan power bank yang menyokong pengecasan pantas Warp Charge.

Harga jualan power bank ini adalah INR1,299 iaitu sekitar RM73. Buat masa ini ia terhad dijual di India sahaja bersama-sama dengan OnePlus Bullets Wireless Z Bass Edition.



TIPS & ULASAN