Seperti yang dijangkakan, OnePlus turut akan melancarkan aksesori audio baharu. Banyak informasi tertiris dan laporan memfokuskan kepada OnePlus Buds Z. Ia menggunakan rekaan serba baru, mungkin bagi mengelak dirampas kastam dan juga mempunyai harga yang lebih mampu milik.
OnePlus Buds Z adalah versi murah dari OnePlus Buds. Ia hadir dengan pelindung IP55 dan pemacu audio 10mm, berbanding 13.4mm. Audio dioptimasikan oleh Bass Boost dan juga Dolby Atmos. Ia turut mempunyai kawalan sentuhan untuk seruan Google Assistant serta mod permua untuk masa pendam rendah. Ia mempunyai ketahanan bateri sehingga 20 jam dengan pod pengecasan.
Rekaan dilihat masih mirip AirPods, tetapi kali ini adalah jenis fon dalam telinga. Harga jualan pula adalah $49 (~RM208) dengan pilihan warna putih dan kelabu. Versi edisi khas Steven Harrington turut diperlihatkan dengan warna yang mempunyai corak mengikut tema selebriti tadi.