Facebook Mengharamkan Pengiklanan Berbentuk Anti-Vaksin

Facebook Mengharamkan Pengiklanan Berbentuk Anti-Vaksin

Diterbitkan pada Okt 14, 2020 oleh .

Facebook kini telah mengumumkan polisi baru untuk pengiklanan pada laman sosial mereka, dimana mereka akan mengharamkan pengiklanan yang membuatkan orang tidak ingin mendapatkan vaksin, atau berbentuk anti-vaksin.

Polisi baru ini akan diimplementasi dalam beberapa hari akan datang, dan ia sekaligus akan mengurangkan penularan atau pemasaran berkaitan konsep anti-vaksin.

Apa pun, perubahan ini tidak tertakluk kepada perkongsian biasa pada laman sosial berkenaan, dan hanya untuk perkongsian berbentuk pengiklanan sahaja.

Pada masa yang sama, Facebook turut mengatakan mereka akan bekerjasama dengan pihak seperti WHO dan UNICEF dalam mengetengahkan lagi maklumat berkaitan vaksin dan kesihatan kepada umum.



TIPS & ULASAN