Cari @ Amanz

ASUS ialah sebuah jenama yang cukup terkenal untuk komponen dan aksesori komputernya yang hadir dengan rekaan menarik dan juga prestasi yang hebat.

ASUS baru-baru ini telah memperlihatkan seluruh siri perkakasan komputer yang hadir dengan rekaan ikonik daripada siri anime Mobile Suit Gundam, termasuklah rekaan daripada Gundam RX-78 dan juga Zaku.

Dua daripada rekaan yang diperlihatkan oleh ASUS termasuklah kad grafik NVIDiA GeForce GTX 1660 dan juga papan induk ASUS Maximus XII Extreme dengan rekaan Gundam RX78-2 yang dikatakan sebelum ini.

Ia tidak diketahui jika papan induk dan kad grafik ini akan hadir dengan sebarang spesifikasi yang berbezadengan papan induk sedia ada, tetapi untuk mereka yang menggemari anime Mobile Suit Gundam, mereka pastinya berminat untuk membina komputer bertemakan Gundam dan Zaku ini.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah ASUS akan melancarkan siri komponen ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd