Poco pada tahun ini telah kembali dan beroperasi sebagai syarikat berasingan – sekaligus memudahkan lagi mereka merancang pelancaran peranti dan produk dibawah jenama Poco.
Di Malaysia sendiri, Poco telah menawarkan Poco X3, selain turut menawarkan Poco F2 Pro.
Terbaru, salah seorang eksekutif Poco dilihat mengacah kehadiran sebuah lagi peranti baru menjelang penghujung tahun ini.
Ia tidak diketahui lagi sama ada Poco akan hadir dengan telefon pintar baru, atau produk dibawah ekosistem seperti beberapa jenama yang lain.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Poco, dan adakah ia akan menjadi peranti serba baru atau penjenamaan semula produk Xiaomi sedia ada.