OnePlus Bullest Wireless Z adalah OnePlus Bullets Wireless versi mampu milik. Ia mengekalkan rekaan ikonik set fon telinga peluru OnePlus serta adalah jenis neckband. Terkini mereka hadir dengan versi baru, khusus untuk pasaran India.
OnePlus Bullest Wireless Z Bass Edition adalah versi tersebut. Kelihatan serupa, tetapi sebenarnya ada perubahan pada tangkai dan silikon untuk memuatkan teknologi pembatalan hingar pasif dan juga boleh menangkap audio lebih baik melalui mikrofon yang lebih sensitif. OnePlus turut menyediakan mod masa pendam 100ms dan mengekalkan sokongan pengecasan pantas iaitu 10 minit cas bertahan selama 10 jam.
Pemacu audio adalah 9.2mm yang memfokuskan kepada bass dan menyokong perlindungan IP55. Harga jualan pula adalah Rs 1,999 (~RM113) dengan pilihan warna biru atau merah.