Cari @ Amanz

Seperti biasa, setiap kali OnePlus melancarkan sesebuah peranti – aksesori baharu turut diperkenalkan. Kali ini adalah kerangka pelindung serba baharu jenis bumper khusus untuk OnePlus 8T. Ia adalah kerangka jenis lutsinar dan tahan lasak.

Apa yang menariknya, ia menggunakan warna hijau neon yang terang sambil kelihatan malap. Ia turut menyertakan rekaan litar elektrik sambil kekal memperlihatkan logo OnePlus. Bahan binaan adalah PET dan TPU, selain tahan lasak ia turut lebih cengkam. Kerangka ini diberi nama Cyborg Cyan dan dijual pada harga $34.99 (~RM145).

Kerangka klasik seperti Sandstone dan Karbon turut dikekalkan untuk mereka yang sudah biasa dengan rekaan lama. Harga adalah $24.99 (~RM103.51) dan $39.99 (~RM166).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd