Cari @ Amanz

Awal bulan lalu jam tangan Honor Watch GS Pro memasuki pasaran Malaysia tetapi dalam warna Charcoal Black sahaja. Bagi mereka yang inginkan alternatif dengan warna terkini Marl White, ia kini akhirnya boleh dibeli di Malaysia pada harga RM999.

Ini ialah harga yang sama seperti Charcoal Black sebelum ini. Di Malaysia seutas fon telinga Honor Sport Pro akan diberikan percuma dengan setiap pembelian.

Honor Watch GS Pro dilengkapi skrin 1.39-inch OLED, dijana cip Kirin A1 dan mengekalkan penggunaan sistem operasi LiteOS. Kelebihan jam tangan pintar ini ialah ia melepasi piawaian tahan lasak MIL-STD 801G. Sistem operasi dapat mengesan sekitar 100 jenis aktiviti sukan seperti berlari, berenang dan berbasikal secara automatik.

Ia mempunyai sensor pengesan nadi, kandungan oksigen dalam darah, menjejak pola tidur dan sokongan GPS/GLONASS. Bateri boleh bertahan sehingga 25 hari dalam mod asas atau sehingga 48 jam sekiranya GPS diaktifkan setiap masa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd