OnePlus 8T Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 Oktober Ini

OnePlus 8T Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 15, 2020 oleh .

OnePlus 8T baru sahaja diumumkan dengan sejumlah spesifikasi menarik, termasuk sistem pengecasan pantas 65W dan sistem kuad-kamera yang merupakan peningkatan dari OnePlus 8 sebelum ini. Dalam perkembangan terkini, model ini telah disahkan bakal tiba di Malaysia pada minggu hadapan, 22 Oktober 2020.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh pihak OnePlus Malaysia menerusi entri di laman Instagram dan Facebook rasmi mereka sebentar tadi. Seperti biasa, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawarannya.

OnePlus 8T hadir dengan skrin 6.65-inci Fluid AMOLED FHD+, dijana oleh pemprosesan Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Turut melengkapi peranti adalah tetapan kuad-kamera 48MP (utama) + 16MP (sudut ultra lebar) + 5MP (makro) + 2MP (monokrom), kamera swafoto 16MP dan bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Warp Charge 65W.



TIPS & ULASAN