Nikon Z7 II and Z6 II Dilancarkan Dengan Sokongan 4K60 Dan Dua Slot Kad Memori

Nikon Z7 II and Z6 II Dilancarkan Dengan Sokongan 4K60 Dan Dua Slot Kad Memori

Diterbitkan pada Okt 15, 2020 oleh .

Nikon mengemaskini kamera nircermin Z7 dan Z6 yang dilancarkan dua tahun yang lalu dengan beberapa ciri yang diminta ramai. Kedua-dua Nikon Z& II dan Nikon Z6 II kini menyokong rakaman video sehingga 4K60, hadir dengan dua slot kad memori dan cip pengimejan Dual EXPEED 6 yang terkini.

Kami tidak menyalahkan anda jika tidak melihat perbezaan pada rekaan fizikal keran memang ia tidak berlaku. Kesemua kemas kini dilakukan pada perkakasan dalaman sahaja. Ini bermakna Nikon Z7 II masih lagi dilengkapi sensor 45.7-megapixel dengan sokongan ISO antara 64-25,600, sokongan pengecaman autofokus sehingga 493 titik tetapi kebolehan merakam gambar meningkat dari 9 bingkai sesaat ke 10 bingkai sesaat.

Nikon Z6 II pula mengekalkan 24.5-megapixel dengan sokongan ISO antara 100-51,200, sokongan PDAF sehingga 273 titik dan rakaman gambar sehingga 14 bingkai sesaat.

Nikon Z7 II akan mula dijual Disember 2020 pada harga $3000 (~RM12.444) untuk tubuh sahaja atau $3600 (~RM13,932) dengan lensa kit NIKKOR Z 24-70mm f/4. Sementara itu Nikon Z6 II akan dijual November 2020 pada harga $2000 (~RM8296) untuk tubuh sahaja dan $2600 (~RM10784) dengan lensa kit NIKKOR Z 24-70mm f/4.



TIPS & ULASAN