Cari @ Amanz

Siri iPhone 12 adalah iPhone terkini daripada Apple. Apple telah melancarkan empat iPhone sekali gus, iaitu 12 Mini, 12, 12 Pro dan 12 Pro Max. Kesemua iPhone kali ini menggunakan skrin yang sama dan turut dijana dengan cip berkuasa Apple A14 Bionic berasaskan 5nm. Membuatkan orang ramai tertanya adalah, apakah memori yang digunakan pada peranti-peranti ini?

https://twitter.com/hirakujira/status/1316091053879947265

Melalui perisian Xcode 12.1 beta, iPhone 12 dan 12 Mini disenaraikan dengan dilengkapi 4GB RAM. Manakala iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max pula adalah 6GB RAM. Ini adalah kali pertama Apple menggunakan memori ini pada sesebuah iPhone, yang mana pada iPhone 11 Pro terhad dengan 4GB RAM sahaja. Disebabkan penggunaan 4GB RAM pada 12 dan 12 Mini, beberapa fungsi dihadkan dan eksklusif pada versi Pro sahaja. Antaranya adalah AppleProRAW.

Dengan penggunaan 6GB RAM pada versi Pro dan dipadankan pula dengan cip A14 Bionic, yang dikatakan mempunyai 50% kuasa lebih hebat dari cip sedia ada di pasaran – tidak dinafikan yang iPhone 12 Pro adalah telefon pintar paling berkuasa setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd