Aplikasi Apple TV Akan Ditawarkan Pada Android TV – Televisyen Sony Penerima Terawal

Aplikasi Apple TV Akan Ditawarkan Pada Android TV – Televisyen Sony Penerima Terawal

Diterbitkan pada Okt 15, 2020 oleh .

Apple TV adalah aplikasi perkhidmatan penstriman video dari Apple. Ia adalah seakan Google PLay Movie, yang mana pengguna boleh membeli dan menyewa kandungan dari perkhidmatan tersebut. Penstriman langganan bulanan pula, iaitu Apple TV+ sedia terbina di dalam Apple TV. Aplikasi Apple TV terhad kepada televisyen pintar terpilih dan produk-produk Apple sahaja.

Terkini, Sony telah mengumumkan yang televisyen pintar Android TV mereka akan menerima kemaskini – di mana aplikasi Apple TV akan disertakan. Ini adalah berita baik, kerana akhirnya pengguna Android TV turut dapat menikmati kandungan asli Apple TV dan tidak lagi terhad kepada Netflix, Prime Video atau lain-lain.

Walau bagaimanapun, buat masa ini ia terhad kepada siri X900H dan di Amerika Syarikat sahaja. Tidak pasti lagi bila ia akan diedarkan secara meluas dan adakah peranti Android TV lain turut akan menyokongnya atau pun tidak.



TIPS & ULASAN