Cari @ Amanz

Beberapa bulan lalu, Huawei telah mengumumkan bahawa mereka membangunkan televisyen pintar mereka sendiri, iaitu Huawei Vision Smart TV X65.

Dari segi spesifikasi, televisyen ini hadir dengan paparan OLED bersaiz 65 inci yang dikuasakan oleh CPU keluaran Hisilicon yang dinamakan Honghu 898 yang dioptimasikan untuk paparan tersebut.

Ia juga mempunyai sebuah kamera pop-naik 24 pixel yang hadir dengan sistem pengesanan menggunakan kecerdasan buatan. Kamera ini boleh digunakan untuk mengesan kehadiran pengguna, dan hadir dengan ciri pengesanan isyarat yang membolehkan pengguna menggunakan televisyen ini dengan lambaian tangan sahaja.

Menurut Huawei Malaysia, televisyen Vision Smart TV X65 ini akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Buat masa ini mereka masih belum mengesahkan tarikh pelancaran dan tanda harganya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd