Carian
SKMM : Jangan Salah Guna Media Sosial
October 15, 2020 Aman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyalahgunakan media sosial.

Ini termasuk untuk menyebarkan kandungan berbentuk kecaman yang boleh menimbulkan kemarahan dan juga menjejaskan ketenteraman awam.

SKMM meningatkan yang mana sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan berbentuk palsu, jelik dan mengancam adalah salah satu kesalahan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Keaslahan ini boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Orang awam juga turut boleh melaporkan sebarang kandungan sedemikian kepada pihak polis atau SKMM melalui laman aduan khas.

Komen