Facebook Pupuk Kesedaran Pengalaman Penggunaan Internet Yang Selamat Di Kalangan Belia

Facebook Pupuk Kesedaran Pengalaman Penggunaan Internet Yang Selamat Di Kalangan Belia

Diterbitkan pada Okt 15, 2020 oleh .

Facebook Malaysia dengan kerjasama sebuah organisasi bebas, Teach For Malaysia (TFM) kini memperkenalkan sebuah program literasi digital dikenali sebagai We Think Digital. Difahamkan, program ini telah dilancarkan sekitar tahun 2019 lalu dan kini ia diperkenalkan di Malaysia pula. Program ini bertujuan untuk menumpukan perhatian dalam usaha memupuk kemahiran celik digital di kalangan belia.

Selain, ia turut dilaksanakan bagi membantu seseorang individu untuk berfikir secara kritis dalam mewujudkan budaya dalam talian yang positif dan selamat. Melaluinya, seramai 950 orang pelajar daripada enam buah sekolah berbeza telah dilatih buat masa ini. Seterusnya bercakap mengenai sasaran akan datang, kedua-duanya mensasarkan sebanyak lebih 2,500 pelajar dari seluruh negara akan dilatih menjelang April 2021 kelak.

Facebook Malaysia juga dikatakan telah menjalankan kajian berkaitan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan dalam talian. Hasil tinjauan mendapati, secara umumnya hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum mengenai pentingnya tetapan kata laluan untuk sesebuah akaun dalam talian untuk keselematan. Tetapi, hanya 42% daripada mereka sahaja yang betul-betuk mengetahui berkaitan pengesahan dua faktor. Seterusnya, 59% pula didapati akan membuat semakan dahulu sebelum berkongsi apa-apa artikel, dan 29% pula berkesedaran untuk melaporkan pemasalahan berkaitan berita palsu.

Pada masa sama, Facebook turut dikatakan bekerjasama dengan sejumlah pakar dan badan bukan kerajaan (NGO) di Asia Pasifik dalam merangka pelbagai modul sebagai sumber pembelajaran dalam program ini. Antara topik yang akan dibahaskan merangkumi berkaitan privasi, wacana digital dan jejak digital yang dibahagikan kepada empat modul. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web We Think Digital.



TIPS & ULASAN