Zoom Akan Mengimplimentasi Ciri Penyulitan Dalam Empat Fasa Bermula Minggu Depan

Zoom Akan Mengimplimentasi Ciri Penyulitan Dalam Empat Fasa Bermula Minggu Depan

Diterbitkan pada Okt 15, 2020 oleh .

Perkhidmatan telesidang popular Zoom akan akhirnya mengimplimentasi ciri penyulitan untuk semua pengguna berbayar dan juga percuma bermula minggu depan.

Sistem penyulitan ini akan diimplimentasi secara berperingkat, bermula minggu hadapan dengan kemaskini baru. Didalam fasa pertama ini, pengguna perlu mengaktifkan ciri penyulitan hujung-ke-hujung secara sendiri sebelum membuka bilik telesidang baru.

Zoom akan menggunakan sistem penyulitan awam GCM dimana hos telesidang akan menjana kekunci sulit ini dan memberinya kepada peserta-peserta lain.

Ini adalah untuk memastikan bahawa Zoom tidak mempunyai akses kepada kunci-kunci sulit ini, dimana ia akan menjadikannya lebih selamat untuk digunakan.

Walaupun begitu, untuk memastikan tiada salah guna perkhidmatan ini, Zoom berkata bahawa pengguna baru akan perlu mengesahkan akaun mereka untuk kali pertama, kemungkinan menggunakan nombor telefon.

Buat masa ini, penyulitan hujung-ke-hujung hanya akan diaktifkan untuk bilik telesidang biasa. Ciri-ciri lain seperti bilik-bilik telesidang kecil (breakout room), rakaman awanan dan sebagainya tidak akan tiba dengan penyulitan hujung-ke-hujung buat masa ini.

Zoom juga tidak mengesahkan lagi bilakah fasa-fasa lain akan tiba untuk pengguna, tetapi mengatakan bahawa ia akan diumumkan apabila ia sedia dikeluarkan kelak.



TIPS & ULASAN