Samsung Dan Vivo Mengejek Apple – Mengatakan Menyertakan Kepala Pengecas Bersama Pembelian

Samsung Dan Vivo Mengejek Apple – Mengatakan Menyertakan Kepala Pengecas Bersama Pembelian

Diterbitkan pada Okt 15, 2020 oleh .

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan iPhone 12, sekaligus membuat perubahan kepada penawaran dalam kotak peranti. Apple kini tidak lagi menyertakan kepala pengecas dalam kotak peranti, dan turut tidak menyertakan lagi fon telinga.

Perkara ini tidak digemari sejumlah pengguna. Apple mengatakan langkah ini dilakukan dalam usaha mengurangkan kesan karbon kepada alam sekitar – dan apatah lagi pelbagai pengguna sedia ada mempunyai kepala pengecas sendiri dirumah.

Apa pun, perkara ini turut diambil peluang oleh syarikat lain dalam mengejek tindakan Apple.

Melalui perkongsian yang dilakukan oleh Samsung dan Vivo, mereka mengetengahkan yang mana mereka menyertakan kepala pengecas bersama pembelian peranti masing-masing.

Langkah “mengejek” dalam bentuk pemasaran ini bukan sesuatu yang baru. Sebelumi ini, pelbagai tindakan Apple sering diejek oleh lain, tetapi kemudiannya ditiru oleh mereka.

Perkara lebih kurang sama turut dilakukan ketika Apple menggunakan takuk pada skrin, dan kemudiannya ia turut menjadi ikutan ramai.

Jadi, siapakah pengeluar peranti Android pertama yang akan membuang penawaran peranti bersama kepala pengecas dan fon telinga dalam masa terdekat ini?



TIPS & ULASAN