Samsung sering memperkenalkan siri Galaxy S sekitar bulan Februari atau Mac pada setiap tahun. Namun, kini hadir desas-desus mengatakan Samsung mungkin mempercepatkan pengenalan telefon pintar mercu terbaru mereka berkenaan.
Mengikut laporan media dari Korea Selatan, Samsung diperkatakan telah mempercepatkan pengeluaran telefon pintar mercu mereka sekitar sebulan setengah lebih awal berbanding kebiasaan. Ini termasuk untuk pengeluaran komponen dan sebagainya.
Hal ini sekaligus membawa gambaran yang mana Samsung Galaxy S21 mungkin diperkenalkan lebih awal daripada jangkaan kebiasaan.
Apa pun, perkara ini masih bergantung kepada beberapa perkara, termasuk penghasilan cip pemprosesan terbaru dan sebagainya.
Samsung diperkatakan sedang melihat kepada beberapa momentum dalam terus menerajui arena telefon pintar. Pelbagai pengeluar menghadapi cabaran dalam pengeluaran disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi ia agak rendah sedikit kepada Samsung. Pada masa yang sama, dengan Huawei yang terkesan dengan halangan dagangan, semestinya Samsung ingin mengambil peluang untuk mencuri pegangan pasaran Huawei seberapa banyak yang boleh.