Cari @ Amanz

Awal pagi ini Twitter mengalami gangguan di mana ciapan langsung tidak boleh dihantar. Masalah ini berjaya diselesaikan beberapa jam yang lalu pada aplikasi telefon pintar dan Tweetdeck tetapi gangguan lain masih lagi berlaku ketika artikel ini ditulis.

Laman web Twitter.com masih tidak boleh diakses atau perlahan untuk memaparkan ciapan. Pada aplikasi Twitter pula ciapan balas dan ciapan semula tidak bolah dipaparkan. Hanya di Tweetdeck kesemua fungsi Twitter boleh diakses pada waktu ini. Twitter mengesahkan berlaku masalah pada perkhidmatan mereka tetapi tidak menemui sebarang bukti berlakunya kerentanan sekuriti atau digodam pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd