Cari @ Amanz

Terdapat jutaan lagu yang telah dihasilkan sejak manusia mula mengenal muzik. Di dunia moden, saban hari ada sahaja laju baru dilancarkan tetapi kerana terlepas pengumuman oleh DJ di radio, ramai tidak tahu tajuknya. Sekiranya anda mempunyai Google Assistant pada peranti, ia kini boleh mengecam lagu yang ingin anda cari dengan hanya mendengungkan iramanya.

Pengguna perlu memberikan arahan “What’s this song?” atau menekan pilihan “Search a song” dan kemudian mendengungkan irama di antara 10-15 saat untuk Assistant mencari padanan yang paling tepat. Di Android ciri ini disokong oleh 20 bahasa tetapi pada iOS ia hanya menyokong bahasa Inggeris sahaja pada waktu ini.

Sokongan mencari lagu dengan hanya mendengungkan irama adalah satu lagi ciri yang sebelum ini dipopularkan oleh aplikasi seperti Soundhound dan Shazam. Selain itu pengguna juga melakukan carian tajuk lagu dengan menyuruh Assistant mendengar klip audio atau menyebut sebahagian lirik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd