Spesifikasi Dan Imej Pengolokan Huawei FreeBuds Studio Tertiris Sepenuhnya Di Arena Web

Spesifikasi Dan Imej Pengolokan Huawei FreeBuds Studio Tertiris Sepenuhnya Di Arena Web

Diterbitkan pada Okt 16, 2020 oleh .


Huawei FreeBuds Studio
merupakan aksesori audio seterusnya daripada Huawei dan ia telah disahkan muncul secara rasmi seiring dengan pengenalan Siri Mate40 kelak. Tapi, sayangnya sebelum ini rekaan dan spesifikasinya tidak diketahui. Sehinggalah kini, ia dilaporkan telah mula tersebar sepenuhnya.

Dari segi rekaan, ia dilihat seakan sebuah fon telinga yang premium dengan kemasan tubuh dipercayai daripada aluminium. Terdapat sumber mengatakan, fon telinga ini hadir dengan berat 256 gram selain, tersedia dalam pilihan warna Blush Gold dan Graphite. Ia juga dikhabarkan hadir dengan pemacu audio 40mm, dikuasakan oleh cip Kirin A1 dan mempunyai bateri sebesar 410mAh.

Menariknya lagi, sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) turut disertakan pada fon telinga ini, di samping terdapat butang khusus untuk kegunaan pada fon telinga. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut termasuk harganya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.



TIPS & ULASAN