Cari @ Amanz

Snapchat sedia terkenal dengan sejumlah ciri dan fungsi yang menarik. Terkini, Snapchat hadir dengan satu lagi ciri baharu yang membolehkan anda menambah muzik pada sesebuah rakaman dikenali sebagai Sounds. Ciri ini sebenarnya telah diuji sekitar Ogos lalu dan kini ia telah ditawarkan secara global.

Boleh dikatakan, apa yang dibawakan oleh ciri ini dilihat sama seperti pada aplikasi TikTok. Cara untuk menggunakannya juga mudah, anda hanya perlu leretkan ke atas (pada bawah skrin) untuk melihat senarai tajuk lagu dan artis yang tersenarai. Difahamkan, anda juga boleh memainkan muzik menerusi platform-platform penstriman lain termasuk Spotify, Apple Music dan SoundCloud menerusi pautan “Play This Song“. Buat masa ini, ciri ini hanya terhad kepada pengguna iOS sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd