Cari @ Amanz

Hangout Meet telah pun digantikan dengan Google Meet, yang mana ia adalah perkhidmatan dan aplikasi panggilan video serba baharu dari Google. Satu lagi aplikasi dalam keluarga Hangout adalah Hangout Chat. Buat masa ini ia masih kekal lagi dengan nama Hangout dan percuma digunakan. Ini kerana Google Chat adalah perkhidmatan berbayar, pesaing kepada Slack.

Terkini, Google kelak akan tamatkan Hangout Chat dan akan menggantikannya dengan Google Chat versi percuma. Google Chat akan ditawarkan dalam bentuk integrasi dalam GMail dan juga aplikasi tersendiri. Fungsi dan ciri dari Hangout Chat akan dikekalkan seperti mesej berkumpulan. Tetapi fungsi baru seperti carian pantas, reaksi emoji, kongsi fail dan bekerjasama dalam satu tugasan – akan diperkenalkan. Seperti Google Chat berbayar, sistem sekuriti Google Safe Browsing untuk mengelak phishing data akan dikekalkan.

Untuk pengguna di luar negara yang menggunakan pelan telco Google Fi, ciri dan fungsi yang sebelum ini terhad di Hangout Chat akan beralih ke Google Message. Ini bermakna kelak Google Message aplikasi dan versi web akan hadir terbina dengan panggilan video, semak peti simpanan suara, dan sokongan rentas platform.

Google Voice turut akan mempunyai perubahan. Hangout Voice akan beralih kepada aplikasi Voice. Kemudian yang sedia terbina dalam Hangout akan dibuang. Fungsi panggilan video akan diintegrasikan sepenuhnya pada Google Meet.

Semua ini akan bermula pada tahun 2021 dan adalah secara berperingkat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd