Cari @ Amanz

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini menekankan berkaitan dengan hak pengguna untuk terus dapatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi terbaik berdasarkan kepada apa yang dilanggan mereka.

SKMM menggesa pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk sentiasa mmemberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna – seperti apa yang dijanjikan dalam kontrak penawaran perkhidmatan.

Perkara ini turut meliputi perkhidmatan yang baik ketika pemasangan, kualiti perkhidmatan ketika digunakan, pengurusan aduan pengguna secara cepat dan tepat, serta melayan pengguna secara baik dan profesional.

Sebelum ini, mengikut bancian yang dilakukan pihak CFM (Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia), ia didapati tiga daripada lima rakyat Malaysia tidak menerima kelajuan internet seperti yang dijanjikan syarikat telekomunikasi.

Pihak SKMM turut menekankan supaya pengguna memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penyedia dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Pengguna turut boleh menghantar aduan kepada pihak SKMM terus melalui laman khas yang disediakan. SKMM mengatakan pengguna turut berhak menamatkan kontrak, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak yang ditetapkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd