Cari @ Amanz

Oppo A15 kini diperkenalkan secara rasmi dan ia merupakan sebuah lagi peranti kelas permulaan yang ditawarkan untuk pasaran India. Peranti ini hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik dengan penawaran harga yang mampu milik.

Untuk spesifikasi, Oppo A15 hadir dengan paparan bersaiz 6.52-inci LCD HD+ (1600 x 720 piksel). Ia juga dilengkapi pemproses MediaTek Helio P35, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 4,350mAh. Konfigurasi kameranya pula terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel.

Melengkapi peranti juga adalah perisian antaramuka ColorOS7.2 berasaskan Android 10 terkini, selain turut dilengkapi pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat pada panel belakang. Oppo A15 ditawarkan pada harga INR 10,990 (~RM622), selain didatangkan dengan dua pilihan warna boleh dipilih iaitu Dynamic Black dan Mystery Blue

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd