Carian
Xiaomi Akan Membina Kilang Pintar Yang Boleh Menghasilkan 10 Juta Peranti Setahun
October 16, 2020 Fahim Zahar

Bulan November tahun lepas, Xiaomi menyatakan mereka akan hadir dengan kilang pintar yang dikuasakan dengan 5G. Menurut ChinaDaily, kilang tersebut sudah pun mula beroperasi. Malah, kilang tersebutlah yang menghasilkan Xiaomi Mi 10 Ultra. Kilang ini boleh menghasilkan sebuah peranti dalam masa 60 minit dan sekitar 1 juta peranti setahun.

Terkini dari sumber yang sama, Xiaomi dikatakan akan hadir dengan kilang pintar baharu yang boleh menghasilkan 10 juta peranti dalam masa setahun. Xiaomi turut telah berbelanja sebanyak RMB 10 bilion (~RM) untuk kajian dan pembangunan, melabur kepada 70 syarikat berbeza untuk pelbagai jenis alatan, mesin dan robot. Ini kerana Xiaomi ingin memotong 1/10 kos pembangunan. Xioami ingin mempopularkan dan menjadikan penggunaan robot dan kilang pintar sebagai satu standard.

Kenapa kilang lama hanya terhad kepada 1 juta peranti setahun? Ini kerana kawasan kilangnya kecil. Kini, lokasi baharu sedang dicari untuk merealisasikan kilang pintar tanpa manusia dan 100% automatik agar dapat menghasilkan 10 juta peranti setahun.

Komen