Spesifikasi ASUS PG32UQX Tertiris – Paparan Gaming 4K Dengan Kadar Segar Semula 144Hz

Spesifikasi ASUS PG32UQX Tertiris – Paparan Gaming 4K Dengan Kadar Segar Semula 144Hz

Diterbitkan pada Okt 16, 2020 oleh .

Dengan pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000, era permainan komputer pada resolusi 4K dikatakan akan bermula tidak lama lagi.

Oleh itu, tidak mengejutkan bahawa terdapat maklumat yang tertiris mengenai paparan gaming ASUS akan datang, iaitu ASUS PG32UQX, sebuah paparan bersaiz 32 inci dengan resolusi 4K dan juga kadar segar semula 144Hz.

Paparan tersebut menggunakan panel Mini-LED dan mempunyai nilai kecerahan 1400 nit dan melepasi piawaian VESA DisplayHDR1400. Ia juga hadir dengan palam-palam output video terbaru seperti HDMI 2.1 dan juga DisplayPort 1.4 yang disokong oleh kad-kad grafik terbaru ini.

Seperti yang dijangka, paparan ini juga hadir dengan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA G-SYNC yang memastikan tiada isu carikan skrin (screen tearing) apabila bermain permainan komputer pada resolusi tinggi.

Model paparan skrin ASUS PG32UQX ini tertiris di laman web Taobao, dan memperlihatkan tanda harga 42,999 yuan (~$6400 @ ~RM26,560). Ia masih tidak diketahui lagi bilakah paparan ini akan mula dijual.



TIPS & ULASAN