Selepas ZTE Livebuds, terkini terdapat satu lagi set fon telinga nirwayar dengan sokongan pembatalan hingar elektronik (ENC) turut diperkenalkan. Dikenali sebagai Meizu Buds, ianya telah dilancarkan secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di India, baru-baru ini.

Untuk spesifikasi, aksesori audio ini hadir dengan rekaan jenis fon telinga terbuka bertangkai, selain dilengkapi pod pengecas yang berbentuk persegi bersama lampu LED pada bahagian hadapan. Sokongan ENC yang digunakan menampilkan teknologi pengurangan bunyi dwi-mikrofon, selain menggunakan cip Airoha AB1562M untuk sokongan bluetooth 5.0. Fon telinga ini juga turut disertakan pemandu audio sebesar 13mm, penarafan rintangan air IPX5 dan keupayaan ketahanan bateri maksima sehingga 20 jam bersama pod pengecas. Meizu Buds ditawarkan pada harga Rs 2,799 (~RM158).