(Ura-Ura) MacBook Dengan Apple Silicon Mungkin Akan Diperkenalkan Pada 17 November Kelak

(Ura-Ura) MacBook Dengan Apple Silicon Mungkin Akan Diperkenalkan Pada 17 November Kelak

Diterbitkan pada Okt 16, 2020 oleh .

Seperti yang sedia maklum, Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan sebuah siri SoC baru, Apple Silicon yang akan digunakan pada siri komputer riba MacBook akan datang.

Terkini, Jon Prosser, peniris maklumat terkemuka telah mengeluarkan sebuah ciapan yang mengatakan bahawa Apple akan mengumumkan ketibaan peranti-peranti tersebut di sebuah acara pada 17 November kelak.

Ini selari dengan laporan daripada 9To5 Mac beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa sejumlah nombor model peranti MacBook yang tidak pernah dilancarkan telah memasuki pengkalan data Eurasian Economic Commission (EEC) untuk ujian.

Ming-Chi Kuo, penganalisa data yang terkenal untuk tekaan tepat mengenai peranti-peranti Apple juga mengatakan bahawa siri komputer riba MacBook dan desktop iMac yang dikuasakan Apple Silicon ini turut akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Cuma buat masa ini, ia masih tidak diketahui jika Apple akan memperkenalkan cip pemprosesan Apple Silicon yang baru, ataupun jika mereka akan menggunakan cip pemprosesan A12Z sedia ada untuk permulaan baru ini.



TIPS & ULASAN