1More adalah syarikat audio yang agak terkenal. Mereka bukan sahaja menjual aksesori audio pada harga mampu milik, tetapi turut mempunyai banyak pilihan yang lebih premium. Syarikat ini turut dipegang oleh Xiaomi dan Lenovo. Ada laporan menyatakan yang aksesori audio Xiaomi ada yang dihasilkan oleh 1More. Jenama 1More selama ini hanya boleh dibeli secara import atau set luar sahaja, kerana tidak dijual di Malaysia secara rasmi.
Terkini, 1More telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Syarikat yang membawa masuk jenama ini adalah EIN, iaitu salah satu daripada pengedar yang bertanggungjawab membawa masuk jenama Xiaomi di pasaran tempatan. Jualan bagi produk-produk 1More ini masih lagi terhad dan buat masa ini ditawarkan melalui Lazada sahaja.
Berikut adalah antara senarai produk yang dijual;
- 1MORE True Wireless ANC In-Ear Headphones – RM699
- MORE Dual Driver ANC Pro Wireless Headphones – RM599
- 1MORE ColorBuds True Wireless In-Ear Headphones – RM299
- 1MORE Triple-Driver In-Ear Headphones – RM379
Terdapat 12 produk secara keseluruhan, yang mana turut termasuk pembesar suara dan set fon telinga asas yang hanya RM39. Beberapa produk seperti True Wireless ANC In-Ear Headphones, adalah antara yang terbaru dan termahal.