iMac Pro Yang Dikuasakan CPU AMD Ryzen 9 5950X Dilewahjam Sehingga 6GHz
AMD

iMac Pro Yang Dikuasakan CPU AMD Ryzen 9 5950X Dilewahjam Sehingga 6GHz

Diterbitkan pada Okt 16, 2020 oleh .

AMD baru sahaja mengumumkan ketibaan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu AMD Ryzen 5000, yang terdiri daripada empat model CPU buat masa ini.

Terkini, skor penanda-aras untuk cip pemprosesan AMD Ryzen 9 5950X telah tertiris ke arena web, dan apa yang menarik mengenai ini ialah komputer yang digunakan untuk mengujinya ialah sebuah iMac Pro.

TUM Apisak, seorang pelewah-jam profesional hari ini telah menemui skor lewah-jam cip pemprosesan tersebut yang diuji menggunakan komputer tersebut, yang dilewahjam sehingga 6.0 GHz.

Skor lewahjam tersebut diperlihatkan pada laman web GeekBench, dan seorang lagi pengguna Twitter, Harukaze5719 memetakan skor Geekbench tersebut dengan cip-cip pemprosesan lain seperti Intel Core i9-10900K dan AMD Ryzen 9 3900X/3950X yang memperlihatkan skor penanda-aras yang cukup tinggi.

Cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 ini akan tiba di pasaran dunia pada 5 November kelak, dan akan menyokong papan-papan induk yang sedia ada di pasaran.



TIPS & ULASAN