Adobe Stock Kini Menawarkan 70,000 Aset Dan Imej Stok Percuma
Artikel Berkaitan

Adobe Stock Kini Menawarkan 70,000 Aset Dan Imej Stok Percuma

Diterbitkan pada Okt 16, 2020 oleh .

Semasa di kolej dahulu antara perkara paling sukar semasa melakukan tugasan grafik ialah mencari imej stok berkualiti tinggi. Terdapat banyak laman yang menawarkan imej stok tetapi sebagai seorang pelajar, bayaran untuk menggunakannya adalah terlalu tinggi. Minggu ini Adobe telah mengumumkan 70,000 aset akan ditawarkan secara percuma menerusi Adobe Stock.

Aset yang ditawarkan adalah dalam bentuk imej, vektor, ilustrasi, video, templat dan model 3D. Kesemua 70,000 aset ini dibeli oleh Adobe untuk diberikan percuma dan bukanlah terdiri daripada aset yang sebelum ini telahpun diberikan secara percuma.

Lebih menarik kesemua aset ini bebas digunakan bagi tujuan komersial tanpa perlu membayar lesen penggunaan. Bagi mereka yang mencari inspirasi atau imej stok, sila ke Adobe Stock untuk melihat apakah yang ditawarkan.

Layari laman aset percuma Adobe Stock



TIPS & ULASAN