Cari @ Amanz

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan iPhone terbaru mereka dibawah siri iPhone 12, dan sebanyak empat model diperkenalkan. Menariknya, ia hadir dengan cip pemprosesan 5nm yang menawarkan pemprosesan efisien dan menjimatkan tenaga.

Seperti kebiasaan, Apple tidak berkongsi spesifikasi teknikal untuk peranti mereka. Selepas perkongsian berkaitan memori pada telefon pintar berkenaan, kini info berkenaan kapasiti bateri iPhone 12 turut hadir ke arena web.

Melalui penemuan berdasarkan pengesahan peranti di Brazil, kapasiti bateri pada iPhone 12 dan iPhone 12 Mini kini diketahui.

Ia dilihat iPhone 12 Mini hadir dengan kapasiti bateri sebanyak 2227mAh, sementara iPhone 12 pula hadir dengan bateri berkapasiti 2815mAh.

Apple sebelum ini sekadar mengatakan bateri pada iPhone 12 Mini boleh bertahan sehingga 15 jam lamanya untuk tontonan video. Walaupun dengan kapasiti bateri rendah, Apple sering lebih mengoptimasikannya menggunakan sokongan perisian dan perkakasan pada sesuatu peranti berkenaan.

Buat masa ini, kapasiti bateri pada iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd