Cari @ Amanz

YouTube Studio adalah aplikasi untuk pemilik saluran di YouTube, menguruskan saluran mereka. Antaranya adalah menyemak statistik, membalas komen dan banyak lagi. Pasti ramai YouTuber di luar sana akan menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan lagi urusan saluran mereka.

Terkini, Google Play Store telah mencatat yang aplikasi YouTube Studio mempunyai lebih 100 juta jumlah muat turun. Ini bermakna, semakin hari semakin ramai yang berkecimpung dalam bidang ini. Lebih-lebih lagi dengan musim Covid-19 ini, ramai yang bekerja dari rumah atau terus hilang kerja – pasti ada yang menjadikan YouTube sebagai sumber pendapatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd