Carian
Yahoo Lite Adalah Aplikasi Yahoo Untuk Peranti Kelas Permulaan
October 19, 2020 Fahim Zahar

Yahoo adalah seperti Google. Ia adalah laman web carian yang turut dipenuhi dengan ciri dan fungsi seperti berita, perkhidmatan emel, skor sukan, dan banyak lagi. Perkhidmatan Yahoo sekarang bukanlah seperti yang kita kenali dahulu. Ia kini dimiliki oleh Verizon dan ia tidak begitu menarik seperti dahulu.

Terkini Yahoo Lite telah diperkenalkan. Ia adalah aplikasi Yahoo Mail yang lebih ringan khusus untuk peranti Android Go, iaitu peranti kelas permulaan. Aplikasi ini dilancarkan agar ia boleh digunakan dengan baik pada peranti dengan memori dan storan yang rendah. Yahoo Lite dilihat lebih kepada seakan aplikasi web. Menurut sumber, ia menggunakan rangka kerja (framework) Google – Trusted Web Activity framework. Saiz muat turun di Play Store pula hanya 1MB.

Aplikasi ini walau bagaimanapun seakan tidak lengkap lagi. Masih ada beberapa pautan apabila ditekan dibuka pada tab baru. Sedangkan ia adalah aplikasi web dan sepatutnya pautan yang baru diklik akan menggantikan kandungan di skrin sedia ada.

Komen