Ujian Beta Tertutup NurflixTV Kini Bermula

Ujian Beta Tertutup NurflixTV Kini Bermula

Diterbitkan pada Okt 19, 2020 oleh .

Beberapa bulan yang lalu, kami telah melaporkan bahawa sebuah syarikat tempatan, Sutera Hijau Ventures Bhd akan membangunkan perkhidmatan penstriman video berlandaskan kandungan Islamik yang dinamakan Nurflix.

Nurflix

Tidak banyak berita yang tiba mengenai perkhidmatan penstriman tersebut sehingga kini, dimana mereka telah akhirnya mengumumkan bahawa ujian beta tertutup untuk para pendaftar awal telah bermula.

Melalui ujian beta ini, sehingga kini ke hujung tahun, para pengguna awal ini boleh menonton “episod 0” untuk 12 tajuk-tajuk siri televisyen yang telah diumumkan oleh Nurflix sebelum ini.

Dalam pada itu, ujian beta ini hanyalah untuk NurflixTV versi web, kerana aplikasi untuk Android dan iOS masih lagi sedang dibangunkan buat masa ini.

Nurflix turut mengatakan bahawa perkhidmatan ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Januari 2021 kelak. Harga langganan NurflixTV juga akan diumumkan pada hari yang lebih dekat kepada tarikh pelancaran tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NurflixTV, anda boleh ke laman web mereka di sini.



Paling Popular