Honor MagicBook 14 Dengan 8GB RAM Dan 256GB Storan Kini Berharga RM2299

Honor MagicBook 14 Dengan 8GB RAM Dan 256GB Storan Kini Berharga RM2299

Diterbitkan pada Okt 19, 2020 oleh .

Honor MagicBook 14 telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan Julai lepas. Ketika pengenalannya, ia ditawarkan pada harga RM2499. Kini, selang tiga bulan, Honor Malaysia telah pun mengemaskini harga jualan komputer riba berkenaan.

Honor MagicBook 14 dilengkapi skrin 14-inci IPS, dijana cip AMD Ryzen 5 3500U, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi berasaskan Windows 10, selain pengecasan pantas berasaskan USB-C 65W.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan komputer riba terbaru Honor ini, boleh menyemak saluran rasmi jualan mereka, termasuk di Shopee dan Lazada.



Paling Popular