ASUS VivoBook Flip 14 TP470EZ Dilihat Bakal Hadir Dengan Cip Grafik Kendiri Pertama Intel

ASUS VivoBook Flip 14 TP470EZ Dilihat Bakal Hadir Dengan Cip Grafik Kendiri Pertama Intel

Diterbitkan pada Okt 19, 2020 oleh .

Intel nampaknya sedang bersiap-sedia untuk bersaing dengan AMD dan NVIDIA di arena cip pemprosesan grafik pengguna. Selepas memperkenalkan cip grafik Intel Iris Plus dan juga Iris Xe untuk CPU generasi ke-10 dan ke-11 mereka, Intel nampaknya bakal mempertengahkan cip grafik kendiri mereka sendiri.

Baru-baru ini, ia dapat dilihat pada laman web ASUS dimana mereka memperlihatkan sebuah komputer riba baru, iaitu ASUS VivoBook Flip 14 TP470EZ yang bakal dikuasakan dua pilihan CPU Intel Tiger Lake, iaitu Intel Core i7-1165G7 dan Intel Core i5-1135G7.

Spesifikasi lain termasuklah penggunaan paparan 14 inci dengan resolusi Full HD dan pilihan memori DDR4 dan saiz storan SSD yang berbeza bergantung kepada keinginan pengguna.

Apa yang lebih menarik ialah penggunaan cip grafik kendiri pertama Intel, yang hanya dinamakan First Intel Discrete Graphics, ataupun DG-1. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi apakah spesifikasi penuh cip grafik ini, tetapi ia sedikit sebanyak disahkan menggunakan cip grafik Xe yang mempunyai 4GB memori video.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah komputer riba ini dengan cip pemprosesan grafik baru ini akan dilancarkan.



Paling Popular