Redmi Ingin Hadir Dengan Telefon “Mini”

Redmi Ingin Hadir Dengan Telefon “Mini”

Diterbitkan pada Okt 19, 2020 oleh .

Pada hari ini, kebanyakkan telefon pintar menggunakan skrin bersaiz sekitar 6-inci, sekaligus membuatkan pilihan untuk telefon pintar dengan skrin bersaiz kecil adalah sangat-sangat terhad, atau kepada tiada.

Menyedarinya, Xiaomi melalui jenama Redmi kini sedang melihat untuk hadir dengan telefon pintar bersaiz mini mereka tersendiri.

Dengan membangunkan telefon bersaiz mini, ia akan membawa kepada sedikit pengurangan daripada ciri-ciri termasuk terutamanya kapasiti bateri yang disertakan bersama.

Pada tahun ini, kita telah melihat pengenalan beberapa telefon dengan rekaan lebih kompak, termasuk iPhone SE (2020) dengan skrin 4.7-inci. Sebelum ini, Sony sering hadir dengan penawaran peranti “Compact” – yang turut menerima maklumbalas positif daripada pengguna.

Semestinya sekiranya Redmi menawarkan peranti, ia akan hadir dengan harga yang kompetitif, dan spesifikasi pertengahan bersama-sama dengannya.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan Redmi melalui “Redmi Mini” mereka.



Paling Popular