Kerajaan Selangor Akan Mula Menggunakan Dron Untuk Memantau Isu Pencemaran Sungai

Kerajaan Selangor Akan Mula Menggunakan Dron Untuk Memantau Isu Pencemaran Sungai

Diterbitkan pada Okt 19, 2020 oleh .

Kebelakangan ini, isu pencemaran sungai sering membelenggu penduduk negeri Selangor, sehinggakan mereka terpaksa hidup tanpa bekalan air bersih untuk beberapa hari pada satu-satu masa.

Terkini, kerajaan tersebut dilihat akhirnya akan mengambil langkah pro-aktif dalam membendung masalah pencemaran ini. Lembaga Urusan Air Selangor akan mengendali empat buah dron komersil DJI Matrice 300 yang akan digunakan untuk memantau kawasan sungai-sungai yang menjadi sumber air mentah untuk penduduk Selangor.

Menurut Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal selain Islam negeri Hee Loy Sian, kawasan-kawasan yang akan dipantau oleh dron-dron ini termasuklah Lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat.

Dron-dron ini juga dikatakan hadir dengan kebolehan penglihatan malam yang boleh mengimbas sosok-sosok badan orang sekiranya mereka membuang sisa-sisa kimia kedalam sungai-sungai tersebut.

Beliau berkata lagi terdapat cadangan untuk meningkatkan hukuman terhadap mereka yang disabit kesalahan membuang sisa-sisa kimia ini, dan juga habuan kepada mereka yang mempunyai maklumat tentang sumber kes-kes pencemaran ini.



Paling Popular