Cari @ Amanz

HTC 20 Pro dan HTC U20 5G telah dilancarkan secara rasmi sekitar Ogos lalu. Kali ini jenama dari Taiwan ini memperkenalkan sebuah lagi peranti terbaru menerusi pengenalan HTC Desire 20+ pula. Peranti ini merupakan sebuah lagi peranti yang dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 720G.

Peranti ini membawakan paparan berukuran 6.5-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Ia dilihat menggunakan paparan jenis bertakuk kecil yang menepatkan kamera hadapan sebesar 16-Megapixel (f/2.0). Seterusnya, ia turut disertakan sokongan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan menerusi slot kad mikroSD khusus. Melengkapi peranti juga adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 4.0, empat kamera utama dengan konfigurasi 48-Megapixel (f/1.8) + 5-Megapixel + 2-Megapixel + 5-Megapixel, selain sokongan video dengan rakaman tertinggi 4K.

Spesifikasi lain termasuklah Wi-Fi 802.11ac, bluetooth 5.0, GPS, NFC, USB-C dan bicu audio 3.5mm. Peranti ini hadir dalam dua pilihan warna berbeza iaitu Dawn Orange dan Twilight Black. Ia dijual pada harga TWD 8,490 (~RM1,223) dan hanya ditawarkan untuk pasaran Taiwan sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd